Assalamualaikum semua :)
hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri adam..
kaum hawa adalah yang teramai menghuni neraka..
kaum hawa diciptakan dengan hati yang lembut senang rapuh..
mempunyai perasaan yang senang tercuit dan mudah terasa..
semuanya bukan kehendaknya,namun fitrah nya sebagai hamba Allah..
namun,sebagai remaja zaman ini..
hawa semakin rendah dan murah kerana cetek iman nya..
"Allah paling suka hambanya yang melakukan dosa dan bersegera bertaubat"..
tiada siapa yang lebih pemaaf melainkan Nya..
berkali2 menangis dan berazam di depan Mu..
hawa asyiklah terjatuh kedalam lembah dosa yang sama..
masih cuba bangkit..bertaubat..beriktikaf..
namun,kadang kala,di tarik oleh syaitan ke lubang dosa yang sama..
"tiada yang lebih mengetahui melainkan Nya"..
disebabkan itulah, pintu taubat tidak pernah dan belum pernah tertutup untuk hawa..
namun,bersegeralah..bercepat-cepatlah..
kerana ia akan tertutup apabila tanda-tanda kiamat besar muncul dibumi ini..
saat itu, tiada apa lagi yang boleh hawa lakukan.
semua yang berada disisi hawa sekalian..
hawa diciptakan daripada tulang rusuk adam yang bengkok bentuknya..
jikalau kita berkeras dengan hawa, patah lah tulang rusuk itu..
jika kita ikut telunjuk hawa, semakin bengkoklah tulang itu..
berlembut-lembutlah meluruskannya..
berhati-hatilah membentuknya..
in shaa Allah, baik-baik semuanya..
manusia tidak mudah menerima maaf manusia lain..
apatah lagi jikalau alasannya tidak munasabah..
namun,kalau telah namanya jodoh..
tidak di bumi, di syurga kelak kita bertemu.
ya Allah,
aku lah hambamu yang telah banyak melakukan dosa di bumi mu ini..
lupa akan nikmat pancainderamu..
aku lah yang menangis di depanmu saat manusia lain sedang lena dibuai mimpi..
namun aku lah jua yang tetap jatuh ke lubang dosa yang sama di harinya..
ya Allah, aku lah jua hambamu yang sabar dengan ujianmu..
aku lah jua yang sekarang sudah jauh daripada lubang dosa itu..
semuanya keranaMu ya rabb..
syukur Alhamdulillah.
ya Mu'iz, yang maha memuliakan,
labuhkan lah cintaku kepada hambamu yang melabuhkan cintanya kepadaMu..
temukan aku dengan hambamu yang teguh iman nya..
boleh menerima ku seadanya dan bersedia membimbingku ke jannahMu..
satukanlah hati kami sepertimana kau satukan hati nabi Muhammad s.a.w dan siti khadijah..
janganlah rindu dan cinta kami melebihi rindu dan cinta kepadaMu..
satukanlah aku,dan bakal zauj ku dalam satu ikatan yang sah ya Allah, iaitu ikatan perkahwinan..
sesungguhnya,segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Mu.
amiin ya rabbil alamin.
wallahualam :)



No comments:
Post a Comment